Saturday, 7 December 2013

Awana, Genting Highland

Assalamualaikum... 
Nyaman nya suasana kat rumah nih.. suka dengan cuaca hujan renyai2 dan rintik2 sekarang ni...Baru ada feel nak mengupdate blog yang chomelll ni kan... hehe.. Minggu lepas saya berkesempatan ke Genting Highland..sebenarnya last minute plan so bile tgk Awana ada kekosongan, terus je la book..

Bertolak around 10.30 pagi, sampai Awana around 11.45 pagi..nak check in, tak boleh sebab belum pkl 12 lagi, so tggu je la sekitar Awana tu tengok2, tinjau2.. pkl 12.05 je terus g check in.. Actually dah bertahun-tahun saya tak jejakkan kaki kat Genting Highland ni. Last time pergi tahun 2008, it was 5 years back!! Stay kat Awana gak.. Awana tak banyak berubah, masih sama macam dulu.. cuma keadaan hotel tengok macam dah 'usang' sikit la..sebab structure bangunan lama kan, of course la tak boleh nk compare dengan yang baru, hehe...  tapi Alhamdulillah, bilik sume ok.. dengan cuaca yang sejuk, nyaman sangat.. Range harga hotel sekitar RM300.00-RM500.00 actually, tapi kita orang dapat booking murah.. around RM180.00 jer..


Ejan with Ayu... baru je sampai Awana... ;P

Lepas check in, terus kita org siap-siap nak naik cable car.. Awana ada sediakan perkhidmatan shuttle bus sejam sekali ke Genting Skyway, so sila rujuk jadual bas yang ada disediakan dalam bilik hotel. Harga sehala menaiki cable car RM6.00 je, so pergi balik RM12.00 la..(with myKAD) perjalanan naik cable car tu dalam 15 minit je.. tapi untuk org yang gayat macam saya ni.. rasa lamanyer!!!


For ur info, (incase u don't knw like me) Genting theme park sekarang nih cuma indoor je yg beroperasi, yang outdoor dah tutup dah rupenye since September lagi. Now they are in the process to build a 20th Century Fox Theme Park yang dijangka siap pada tahun 2016... (kuang...kuang...kuang...) patut la Genting macam dah sunyi je.. naik cable car pun tak ramai macam dulu.. (oooh saya sungguh ketinggalan)


Anyway, saya recommend anda tapau dan sediakan bekalan makanan yang mencukupi la.. sbb harga kat sini memang mahal2... 3 keping nuget ayam pun 5 ringgit tau!! And in my case since ni last minute planning, bekalan makan ape pun x ada.. so nak tak nak kenalah keluarkan duit tuk makan.. kedai makanan kat sini mostly fast food, ada Mcdonals, KFC, Kenny Rogers, Marrybrown dll...(harga mahal sikit dari biasa) tp saya nak makan nasi, so we chosed to eat at Market Food Street yang ada jual nasi campur...saya makan nasi dgn sambal udang petai n sayur brokoli harganye........ jeng.. jeng.. jeng... RM16.80 ye...tak ada air pun sebab bawa air sendiri, Ayu makan nasi, 2 ekor udang putih sambal dengan sayur complete with air teh O, RM23.. Ejan makan nasi dengan sweet sour fish fillet dgn air mineral RM18 hinggit... (memang rasa macam tak berbaloi langsung) 


This is my lunch that cost me RM16.80 without drinks.. (lucky i bring my own water)
Tapi waktu malam kita orang ke Gohtong Jaya di Restoran Pelangi nama dia.. makanan malam ada roti canai, tom yam dan makanan goreng2 la.. harga standart macam biasa.. rasa pun boleh tahan, cume bahan dia kurang sikit la kalau nak dibandingkan dengan yang biasa kita makan di restoran biasa (kat KL, tanah rata la tu.. hehe), misalnya macam saya order nasi putih dan daging masak merah, selalu order daging ada rencah sayur kobis bunga, carrot and kadang-kadang boleh jumpa putik jagung. Tapi kat sini cume daging dengan cili n bawang je... whatever pun still rasa berbaloi daripada makan tengah hari tadi!!


Antara menu yang disediakan di Restoran Pelangi, makan tengah hari pun ada nasi campur. 


Esok pagi kita orang breakfast kat hotel je.. and as usual, makanan kat Awana ni memang best!! Macam-macam pilihan... ada lontong, mee sup, nasi goreng, roti, pastry, cereal.... sausage... and on.. and on.. and on.. oooohhh!! Option utk vegetarian pun ade.. pihak hotel sediakan apam India n vege curry... Kalau tak silap harga buffet breakfast dia dalam RM35++ (tak sure sebab Ayu yang bayar utk Ejan)

Lepas makan aktiviti tido n kemas2 barang la nak check out dah.. kalau tak sejuk dah lama dh jebuuusss dalam pool.. (ramai je pun yang swimming). Around 11.30 pagi kita org pun check out dari Awana dan turun balik ke KL... Short notice n unplan punya vacay ni kira ok la tu.. hihi...

Tuesday, 12 November 2013

Cheezy Melts

Asalamualaikum and hello korang sume... 
Lamanye tak wat entry dek kesibukan kerja... al maklum la kan, dapat boss baru!! I wonder sometimes how people can so consistently wat entry dalam blog ni... i salute u'oll!! I bercita-cita nak selalu update entry tp tak kesampaian pun tau!!
Actually dalam kesibukan kerja ni, business tetap ongoing... so kat sini saya nk offer 1 peluang business kalau untuk anda yang berminat la... Modal serendah RM90 je... (hehe..) 
Sweet Dolce Bakery introducing our new product cheezy melts yang terhangat di pasaran!!! 
Cookies and cheese and top with more cheese.. haaaaa.... sedap x sedap.. memang sedap la kan!! Kebabooom rasa dia!! So kalau ade yg nak order or berminat nak jadi 'business partner" kami can contact us anytime... Insya-Allah kami akan reply a.s.a.p.... Till then, Ciao bella!!!

Tu dia Cheezy Melts...........

Wednesday, 24 July 2013

Crunchy Onion Rings

Masterchef memang one of my favourite show.. I've been following Masterchef especially Masterchef Australia for the past seasons. And in this show, one of the challenge is to make the perfect onion ring, and one of the contestant's onion ring really make me wanna have a good crunchy, salty and tasty onion ring on the spot!! memang tak boleh nak tunggu-tunggu lagi dah. So ape lagi, dengan perasaan nak makan onion ring yang membuak-buak tu, saya pergi beli bawang bombay @ bawang kuning @ brown onion (sebab saya jarang pakai bawang ni, selalu pakai bawang merah) dan air soda. Yess!! Dapat semua bahan, balik rumah terus la start buat.. My cousin siap cakap u have to make this onion ring in 15 minutes just like the challenge in Masterchef. (and yes, my first batch of onion ring served in 15 minutes) So,here's the simple ingredient u'll need to make this perfect onion ring. 


Onion Rings
Serves 2-3

Bahan-bahan: 
2 biji bawang bombay 
2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan air soda (mungkin lebih atau kurang bergantung pada kepekatan, kepekatan bancuhan sepatutnya seperti air gula atau madu)
1 cawan tepung gandum/tepung tempura (saya gunakan tepung gandum je)
Garam
Lada Hitam 
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 
1.Panaskan minyak untuk menggoreng.
2. Potong bawang bulat2, ketebalan sederhana. 
3.Coat/dust/sadurkan bawang dengan 2 sudu tepung jagung dan tapiskan bawang untuk membuang excess flour 
4.Bancuh 1 cawan tepung dengan 1 1/2 cawan air soda dan masukkn garam dan lada hitam.
5. Celupkan bawang2 tadi dengan bancuhan tepung dan air soda, dan goreng sehingga garing. 

As always, berhati-hati dengan suhu minyak ketika menggoreng. From my experience, always start with a high heat then bila dah penuh kuali tu, baru kecikkan api dan biarkan dia terus masak. Sebab suhu minyak yang tinggi will straight away sear luaran makanan yang kita hendak goreng. Tu yang akan menjadikan makanan yang kita goreng rangup luarannya. Lepas tu, baru teruskan proses memasak dengan api sederhana. Cewaaaaahhhh!!! Ha, lagi 1, jangan lupa coat your onion with some flour, kalau tak bancuhan atau 'batter' tadi tak akan melekat dan bila goreng, dia akan terpisah dengan bawang. 

coat sikit je mcm ni... 

 Tadaaa.... dah siap... Ni la rupenye onion ring homemade saya. Saya makan onion ring ni as a supper bulan puasa sambil tengok tv. Onion rings ni juga boleh anda pelbagaikan dengan campuran spices or herbs such as oregano, thyme, serbuk cili, paprika for variety of taste. Yummm..yummmm... Ho Chak!! Till then, c u in the next entry.... Insyallah with more simple and quick recipes!!! 

Dah macam rupa sotong pun ade


Monday, 22 July 2013

Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum... 
Almost 2 weeks we're into Ramadhan, tak lama lagi nak raya dah.. Banyak nye nak buat persiapan raya kan? Untuk rumah, untuk diri sendiri, anak2... Honestly, my preparation pun x banyak buat lagi. Kuih raya memang selalnunya wajib buat sendiri walaupun x bnyk mana.. mungkin hujung minggu ni akan digunakan sepenuhnya untuk persiapan kuih raya, then the next week baru shopping beli barang-barang yang tak still belum dibeli. 

Kali ni saya nak share resipi western. I'm actually not so into western food.. maklumlah tekak melayu.. memang nasi dan lauk-pauk jadi kegemaran. Tambah lagi kalau ada asam pedas ke, memang la berpinggan2 makan nasi. Tapi kadang-kadang tu nak juga tukar selera kan. So semalam berbuka dengan spaghetti carbonara resipi suka hati saya. Actually, ramai yang tanya what's d different between a carbonara and alfredo.For me i think carbonara actually contains egg, cheese and bacon, and alfredo pula sos base dia bechamel yang asasnye roux (roo) which is equal part butter and flour that cooked with milk until thicken. This is my take on spaghetti carbonara. Very simple recipe.

Spaghetti Carbonara 
(2 person)

Spaghetti
1/2 biji bawang bombay (bawang kuning) 
2 sausage (dipotong dadu, or boleh menggunakan beef bacon)
1 sudu besar olive oil 
2 biji telur 
2 -3 sudu besar heavy cream/cooking cream (boleh juga gunakan susu full cream)
1/4 cawan cheese Parmesan (boleh juga gunakan cheese keping dalam anggaran 2 keping)

Cara-cara : 
1. Rebuskan spaghetti dalam air panas sehingga al dente
2.Sementara menunggu spaghetti masak, panaskan olive oil dan gorengkan sausage sehingga garing, angkat dan ketepikan.
3.Tumis bawang, dan masukkan sedikit garam dan lada hitam. 
4. Dalam mangkuk yang lain, campurkan telur, cream dan cheese. Masukkan campuran tersebut ke dalam kuali yang ada bawang tadi dan masak sebentar. 
5. Toskan spaghetti dan gaulkan di dalam sos tadi. Taburkan dengan sausage yang digoreng. Siap!! 

Saya menggunakan cheese yang keping2 brand cheesedale dalam 3 keping, sebab malas nak beli cheese parmesan. So, kuah carbonara saya a bit thick than what it should be, but still taste good and creamy. Tapi better guna parmesan parut untuk mengurangkan rasa muak. Kalau nak kurangkan rasa creamy dia tu boleh juga gantikan cream dengan susu full cream. Masak ni ikut apa yang kita suke. Try to adjust according to our liking.So, orang-orang bujang boleh cuba resipi yang sangat simple ni.. Tapi kalau nak lagi simple boleh gunakan yang dalam tin. I personally tak berapa suka yang dalam tin sebab tak fresh and lagi gemar untuk experimen sendiri and masak ikut tekak sendiri. Besides, produk dalam tin ni x boleh mkn bnyk sangat.. tak elok!! hehehe.... till then, see you in my next entry. 

Tadaaaaaaaaaaaaaaa...... 




Monday, 15 July 2013

Chinese Style Sea Bass (Ikan Siakap ala Cina)

Hello semua.. bersua lagi dalam entry ke 2 untuk bulan Julai ni... Pejam celik dh 6 hari dah kita berpuasa.. rasa kejap je kan... Kalau bulan puasa ni sudah semestinya Bazar Ramadhan menjadi 1 kewajipan.. saya suka suasana di Bazar Ramadhan, tapi pengalaman membeli juadah di Bazar Ramadhan selalunya indah khabar dari rupa. Jarang dapat membeli juadah yang betul2 kena dengan tekak dan selera. Jadi, mostly memang masak sendiri juadah berbuka. 

Kali ini saya nak share masakan Ikan Siakap Ala Cina..(my style). Memandangkan cuma berbuka berdua je ngan sepupu, so ikan nye pun separuh je.. kepala simpan tuk masak kari masa sahur pula.. ikan ni sedap dimakan dengan nasi panas and i did cook some kangkung and telur dadar to go with this dish. Alhamdulilah, semua licin.. (baru la tak membazir kan..hehe..) 

Chinese Style Sea Bass (Ikan Siakan ala Cina) 
Bahan-bahan : 
Ikan siakap 
1 sudu besar tepung gandum    
Garam 

Kuah/sos :
3 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang merah dicincang
3 cm halia dimayang
3 batang serai dihiris
5-6 batang cili padi (kalau nak pedas, boleh lebihkan)
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar gula 
2 sudu besar sos tomato 
1/2 sudu besar minyak bijan
Air (mengikut kepekatan sos yang diinginkan)
Daun ketumbar 

Cara-cara : 
1. Ikan siakap dilumur dengan garam dan tepung kemudian digoreng dalam minyak panas. Setelah masak, angkat ikan dan ketepikan. 
2. Tumiskan bawang merah, halia, serai dan bawang putih sehingga garing dan masukkan bahan-bahan yang lain serta air. Siap!!! 

Ha.. senang tak senang masak ni.. tapi ada beberapa crutial step nak ingatkan la... nak bagi tips sikit.. 

1. Ikan perlu digoreng dalam minyak yang btl2 panas, bila nampak kulit atau luaran ikan dah garing baru kecikkn api n let the fish cook. (we need to seared the skin so that it won't go soggy when we pour the sos on top)
2. Jangan masukkn bawang putih dulu semasa menumis sebab bawang putih cepat garing dan mudah hangus.. masukkn penghujung sebelum masukkn sos tiram, kicap, sos tomato dan air. (jangan pula masukkn slps mskkn sos sebab nanti dia tak garing n will leave a raw garlic taste to the sauce.. x sdp!! )
3. Memandangkan masakan ni menggunakan kicap cair yang dah masin, sos tiram pun masin.So sos ni don't need any extra salt. Hati-hati juga dengan penggunaan garam pada ikan siakap. 

I hope you all will give this simple recipe a try.. senang, mudah tapi sedap. Just for variety other than siakap 3 rasa n siakap steam limau yang dah biasa tu kan... 

Till then,c you in the next entry!! Selamat berpuasa... 






Monday, 8 July 2013

Asam Pedas Johor Pn. Rahimah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia. 
Apakah makanan kegemaran anda?? or may be i should say lauk kegemaran anda?? Sebagai anak jati Johor yang lahir dan membesar di Johor (cuma kerja je merantau, i wish to kerja in Johor) of course la makanan kegemaran saya Asam Pedas. 

Asam pedas yang sedap for me must have the great balance between sour, spicy and salty. I love a good sour asam pedas. (nama pun asam pedas kan, of course la kena masam) My grandmother is a really good cook, so does my mother.. ( i guess it passed down), so recipe asam pedas ni is my mum's recipe thus i call it asam pedas Puan Rahimah..

Asam Pedas Pn Rahimah
Bahan-bahan : 
Minyak untuk menumis
*10 - 20 tangkai cili kering 
*5 biji bawang merah 
*2 - 3 ulas bawang putih 
*2 cm Halia
*3 cm Kunyit hidup 
Belacan 
1/2 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu besar rempah kari ikan
*1/2 cawan air asam 
*1 - 1 1/2 cawan air 
Daun kesum
Garam
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk) 
Ikan kerapu, merah, siakap, kembung, parang, pari 
(up to u la, in my case, i use kerapu) 

Bahan bertanda * main agak-agak je.... air asam dan air pula depends on how sour and thick you want your asam pedas to be.



Ikan 3 keping udah.. makan berdua jer... 







Cara-cara : 
1.Blend cili kering, bawang merah,bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan.

2.Tumiskan bahan yang telah diblend tadi sampai garing. 

3.Masukkan biji ketumbar yang ditumbuk dan rempah kari.
Tumis sebentar lagi.(jangan terlalu lama kerana rempah    kari cepat hangit) 

5.Masukkn air asam,air,ikan, daun kesum dan garam. 

6.Setelah ikan masak, masukkn lada hitam yang ditumbuk.

7.In my case, saya masukkan tomato ceri di penghujungnya. Boleh juga masukkn bendi atau terung dan masak sedikit lagi sampai terung atau bendi masak.

8.Sedia untuk dihidangkan. 

Asam pedas ikan kerapu in the making.... 
I know may be ada yang pelik because of the addition of curry powder, tapi saya suke sebab when you eat it, it actually carries a mild taste of curry. I know there are thousand ways of making asam pedas. I'm not saying mine is the authentic one, but this is the way we've been doing it and my mum does it this way. So, kalau nak cuba, sila kan lah.. Sedap dimakan dengan nasi panas, and masa saya masak ni, saya hidangkan dengan taugeh goreng dengan tahu dan udang and telur dadar,udang goreng dan ulam-ulaman.. berpinggan2 tambah.. adoiiii!!! kena control makan ni... susahnye bile diri seorang yang kaki makan.. 

I hope you all try this recipe and kalau ada yang dah mencuba jangan lupa bagi feedback!! tqvm.. 

Asam Pedas Ikan Kerapu Pn Rahimah dah siap!!! yeah!!! 



Friday, 28 June 2013

JM Beriani, Bandar Baru Bangi

Alhamdulillah.. jerebu yang melanda dah beransur pulih. Berkat doa, solat Istisqa' bagi memohon hujan dan dengan kuasa Allah hujan mula turun. Selepas beberapa hari, semalam baru lah terasa udara yang disedut 'freshhhh' sangat.
Semalam saya dan Ayu ke Bangi untuk membeli barangan keperluan kuih untuk tempahan blueberry cheese tart dan marble cheese brownies hujung minggu. Sambil tu, singgah ke JM Beriani cawangan Bangi, berdekatan dengan Restoran Mohd Abdullah Chan & Speed Mart. Dinner saya, nasi beriani daging (RM11.90++) yang didatangkan sekali dengan kuah dalca dan acar buah. Ayu pula pilih Ayam Goreng Berempah. Kami berdua pilih minum air sirap limau. It's the perfect drink for me after a heavy & hearty meal. Menyegarkan!!! 
Beriani daging

Beriani Ayam Berempah
Macam-macam lagi hidangan makanan di sini, mostly masakan Johor. Ada mee bandung, tahu bakar, tulang merah (yang terkenal di Singapore tu) dan mcam-macam lagi lah. Nasi beriani kat sini tak terlalu berminyak, ngam2 rasa dia. Nasi dia pun very fluffy. Actually ni bukan lah first time kami ke sini, sebelum ni pernah juga ke cawangan di Shah Alam & Petaling Jaya. Jadi pada yang nak merasa nasi beriani di sini bolehlah datang berkunjung ke JM Beriani. Insyallah resipi turun temurun dari Batu Pahat, Johor ni tidak mengecewakan anda. 

Suasana kedai di JM Beriani

Tuesday, 25 June 2013

Ketam Village Steamboat, Ikano

Assalamualaikum.... uhuk..uhuk... (sorry la terbatuk2 sebab cuaca tak menentu sekarang ni, almaklumlah jerebu kan) tekak terasa perit jer... minum air bergelen2 pun still rasa macam haus lagi.. u all kena jaga diri baik2 tau.. drink lots of water and don't forget to wear mask. 

As we're being advised to reduce outdoor activities, this particular activities i can't seem not to do is eating out!! yes.. and since my house's water supply was disrupted, it's clear that i have to eat out. (how am i supposed to cook up something if there's no water) we (me, sister, and ayu) chose to eat "Steamboat" in Ikano. It's Ketam Village Steamboat

Loved..loved..loved!! suka sangat!! Actually i've been here several time and what i like about this place is the individual steamboat pot that allows you to eat 'calmly' and create your own flavour of soup. (i dun't really like prawn in my clear soup) They have varieties of seafood, fishball, veggie, and fried fish head (my personal favourite). I've tried the Tom Yam Soup before, but didn't quite like it, the 2nd time i came and tried clear soup,been hooked ever since!! It's my go to soup when i'm here. 
Individual steamboat pot (x payah nak berebut)

Set for 2
This is extra order to 'top up' our set for 2 
We (3 person) order extra soup and share the set for 2 

Overall, we all are full and happy... weeeeeeeeeeee!!!! 

Restaurant : Ketam Village Steamboat (Ikano) 
Food : 4.5
Ambience : 3.5
Service : 4
Cleanliness : 3.5
Price : 4 
(personal rating only) 




Thursday, 20 June 2013

Ada apa dengan 5S??

Assalamualaikum sume... 
Haih.. awl2 dh mengeluh ni.. bukannye ape, been very bz lately.. personel life, bakery ngan rutin kerja di office. Tambahan sekarang ni office dalam peringkat renew sijil untuk 5S.. 

Apa tu 5S ek?? 5S tu SUSUN, SISIH, SAPU,SERAGAM,SENTIASA AMAL... 
Meaning?? 
SUSUN - kena la susun segala barang2 yang ada di office ni.. baik dari segi workstation ke.. ruang pejabat ke.. semua perlu disusun rapi.. 

SISIH - sisihkan la segala benda dan bahan yang tak diperlukan. And for my office, we practice recyle.. so kena lah asingkan bahan-bahan yang nak dibuang mengikut kategori. 

SAPU - kerja-kerja pembersihan.. lantai and peralatan di pejabat perlu dibersihkan.. Kena DUST FREE.. 

SERAGAM - semua kena seragam... sebagai contoh buku laporan atau pun buku catatan, loging book... semua kena seragam. Macam kat office ni, semua buku logging dibalut menggunakan sampul yang sama. Labelling pada fail pun perlu seragam. 

SENTIASA AMAL - maksudnye amalan berterusan dari masa ke masa. Kat office saya nih, hari2 sebelum balik kami akan laksanakan 5-10 minit 5S individu. Kemas meja masing2, ketua zon (ehem..ehem... saya la tu) akan check meja pegawai2 sebelum balik bagi memastikan meja semua bersih. 

Actually memang 5S ni memudahkan,tapi proses nk melaksanakan 5S ni sangat la payah.. n nk maintain??? lagi la PAYAH!!! 5S juga mementingkan  dokumentasi sebab kena sediakan   FOLDER 5S yang lengkap.. segala aktiviti 5S perlu direkodkan dan difail untuk audit nnti.    ermmmm.... lots to do... tapi dah arahan kan, ikut je la.... 



Label /info sekiranya berlaku kerosakan, no apa yg perlu dihubungi dan pegawai yang bertanggungjawab

Peringatan untuk padamkan suis lampu 

Disebabkan saya kerja dealing with piring hitam/ old records.. so, rak semua kena label.... pengsan!!

Pergerakan pegawai yang seragam..... 

Lama nak kerja kan benda ni... proses berterusan... so pada sesiapa yang senasib, tempat kerja ada amalan 5S... i wish u good luck!!! Jangan lupa maintan sebab 5S ni actually bagus dan memudahkan sekiranya dipraktikkan.









Thursday, 13 June 2013

Produk Kurus Terbaik!! dan harga berpatutan.. Tentunya Shaklee!!

Salam semua... lama tak bersua.. hehe 
Ermmm saya ni seroang yang sangat obsess dengan makanan.. maka tak dinafikan saya ni memang Bam Bam la kan... banyk dah produk saya pernah cuba untuk menurunkan berta badan nih..but none of that works for me.. (sob..sob..well, tepuk dada tny selera la kan)

Tapi recently saya ditakdirkan berjumpa dengan produk yang so far bile saya makan saya rasa AWESOME!!! And most importantly, bersesuaian sangat dengan keadaan poket saya...1 PRODUK cover SEMUA!! Mcm2 kegunaan ada... contoh mealshake tuh, tuk kurus boleh, kanak2 seawal 1 tahun dh boleh consume... bagus utk imune system... mcm2 produk ada.. utk hati, utk kurus, utk detox... Ya Ampun, mmg kalau tgk tu rs mcm semua pun nak.. sape x nk sihat kan?? malas la nk citer panjang2 nih.. boleh visit link yg saya bagi nih..  Jom Say Heart semua penerangan ada.. boleh la contact terus ngan indipendent distributor ni... service baaaaikkkk pny!!  Alhamdulillah, sy PUAS HATI!! TRUST ME!! u WON'T REGRET!! (saya promote free, x terima apa2 bayaran pun.. ikhlas je..nk share benda yg bagus kan.. hehe) 

Thursday, 6 June 2013

Best Pavlova ever!! And the tips... Pavlova oh Pavlova

My craving for sweet stuff became worsen these days... I've gone for a crazy pavlova hunt, which makes me eat more than what i should have. From Delicious, Alexis  to Serai and yes.... Ben's is in the list too!! Pavlova is a very straight forward dessert, either you like it or don't..coz it's SWEET as it was made of egg white and a lot of sugar..  ramai yang kata Alexis have the BEST pavlova... but for me, i like d one from both Ben's and Delicious... it's less sweet.. may be because of the cocoa in the pav itself.
Ben's , Alexis and Delicious.. Serai's one lost d pic, but very simillar with d one in Alexis. Some even said that they get their's @ Alexis... 


It's not a rocket science nak buat pavlova nih.. i mean like seriously d ingredient is basically what we always have on hand. but it's sure a very tricky dessert to make.. silap sikit, memang hancuuuus la... so, i'm not going to share the recipe, becoz kat internet nih memang dh berlambak2 dah recipe pavlova. Cuma nak ingatkan a few crutial steps in making these pav... 

1. Make sure all d utensils are clean, tak boleh ada minyak atau apa2 benda asing.. so pandai2 la korang fikir cara nk bersihkn peralatan korang b4 buat pav ni.. 

2. Make sure pecahkan telur tu dengan berhati2 coz  sedikit kesan telur kuning pun boleh mambantutkan pav korang... (for me, d best tools to seperate d egg white from d yolk is by using my HANDS... best tool ever!!! Pakai egg seperator tu x sesuai langsung...) 

3.Whip ur egg white as long as possible... smpi dia mmg btl2 stiff peak.. tegak berdiri... or ur pav tak akan menjadi... and make sure gula larut sepenuhnya untuk mengelakkan pav tenggalam.. 

4. Pavlova ni dia sgt manis... and to get that crispy outer effect, u have no choice but to use a lot of sugar, kalau nak reduce pun tak boleh la reduce terlalu banyak, sebab dia tak akan jadi crispy kalau terlalu kurang gula. 
(tips yang saya share ni is base on my experience making pavlova.. kali ke 3 baru menjadi... ) 

     My pav cooling in the oven after my 3rd attempt... pic yang dah siap hilang... 

That's it.. tu je la yg sy nk share pun... till then, c u in d next entry!! 














Monday, 27 May 2013

Ikan Kerapu Stim Limau & Kerabu Maggie

Hai hai.... 
i am a foodie obviously, and i love to cook. Kalau rasa nak makan apa2 mesti saya akan cuba masak... so, saya nak share resipi yang tak seberapa dari saya ni la.. bukan 1 resipi tau.. no..no..no... i'll share 2 recipe in this entry.. because, all the ingredients in this two dishes are quite similar, tak banyak beza.. 

Ikan kerapu steam limau 
(1 whole fish)
ikan kerapu (boleh ganti dengan ikanmerah or siakap)                               
2 biji bawang merah                                                                
2-4 ulas bawang putih                                                       
5 cm halia                                                                     
3 batang serai                                                         
5-6 tangkai cili padi
1 cawan lemon/limau kasturi/limau nipis juice                
1 sudu besar soy sauce                                                             
1 sudu besar sos ikan                                                             
1/2 cawan air 
garam & gula
daun ketumbar                                                                                                                                                            

Cara-cara : 
1. Bersihkan ikan sebersih-bersihnya. 
2. Blend or tumbuk semua bahan  (1-5) 
3. Sediakan pinggan/mangkuk. Letakan ikan yang telah dibersihkan dan kemudian masukkn bahan yang telah ditumbuk tadi. 
4. Gaulkan bahan(5-6) dalam bekas lain dan tuangkn atas ikan yang yang telah disusun tadi.
5. Steamkan ikan tadi dalam kukus lebih kurang 15 - 20 minit atau sehingga ikan masak. 
6. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap!! 



Kerabu Maggie 
(serves: 2 or 1 in my case) 

1 bungkus maggie perisa ayam 
sotong (dibersihkan dan dipotong) 
udang (dibersihkan dan kupas kulit) 
cendawan hitam (telinga tikus) direndam dalam air dan dicelur sebentar
5 sudu besar juice limau/lemon/limau nipis
daun ketumbar
cili padi
1 sudu besar sos ikan 
garam dan gula 

Cara-cara : 
1. Celur maggie dalam air panas (mee sahaja) 
2. Celur pula sotong dan udang
3. Gaulkan perisa maggie, jus limau,  sos ikan, garam dan gula.
4. Bila campuran sudah sebati, masukkan pula cili padi, maggie, cendawan, daun keumbar, sotong dan udang tadi. Gaulkan sehingga sebati. Siap!!! 
ni la maggie perisa ayam tu.. 
Kerabu maggie 'ida' style

                                          


Saturday, 18 May 2013

Restoran Sukhumvit, Kampung Baru

Da Jia Hao (hello in mandarin-maklumlah baru lps kursus Mandarin) 
Apa khabar anda semua?? Saya tak berapa nak sihat la... selalu diserang migrain.. tambah lagi cuaca yang panas sekarang nih sampai cecah 37 darjah, ya Allah memang tak tahan sangat2, drive buka air-cond pun dah tak rasa apa dah. Ada juga terbaca rungutan driver taxi yang kata since cuaca panas nih, customer dia org berkurangan, sebab naik taxi air cond pun dah tak rasa, and because of the weather, people choose to stay indoor.. tapi disebalik tu, tauke kedai-kedai air cond sume tersenyum lebar.. kata dia org, ramai org yang beli air cond, business makin maju.. kalau tak beli air cond pun ramai customer yang tempah untuk service air cond masing-masing. Macam tu la kan, adat, kerugian orang lain kadang-kadang menjadi REZEKI bagi sesetengah orang. 

Hari tu sempat singgah kat satu restoran ni, SUKHUMVIT, yang katanya dinamakan sempena salah satu nama jalan di Thailand. Tengok banyak review kata ok.. memandangkan berada berdekatan Kampung Baru, so sempat la singgah. Makanan dalam menu, macam kedai-kedai lain gak - BANYAK!!! Tapi biler nak order sume mostly - TAK ADA... saya nak order udang asparagus tak ada, cousin nak order udang goreng tepung tak ada, sotong goreng tepung pun tak ada.. (katanya sebab tepung tu tak ada). Nak order ayam selasih pun tak ada. Jadi last-last kita orang order makanan biasa je la.. 
Tom Yam Seafood Putih, Ayam Gajus, Kailan Ikan Masin, Telur Bungkus

Actually, they do have a few set menu, which consist fish, soup, vege, and a few side dish yang harga dia sangat reasonable (2-8 pax). Siap dengan air skali tau. So, sesuai untuk anda yang nak makan beramai-ramai. And they have a small set up stall yang jual macam-macam kerabu. Ooo yes, before i forget, despite the disappoinement sebab banyak yang diorder tak ada, i do need to tell you that the service was good. They placed a call button  on each table,you just have to press the button and the waiter will come at your service. And the waiter that serve us did make an effort to find out what is 'Telur Boom' (it's actually sunny side up with mince chicken on top)

Left : Set up stall tempat membuat kerabu, call button yang saya suke,coz tak payah nak jerit2, angkat tangan macam dalam bilik darjah.


Overall, tempat ni kira ok la untuk melepak-lepak bersama kawan-kawan and family. Price wise, ok gak... within budget la untuk kita orang ni.. ;) 


Restaurant : Sukhumvit, Kampung Baru
Food : 3 
Ambiance : 3
Service : 3.5
Cleanliness : 3
Price : 3
(personal rating only) 


Tuesday, 30 April 2013

Restoran Warisan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Assalamualaikum sume!!! 

I have a wedding invitation last saturday (27 April 2013), a friend of mine punya adik kahwin in Bandar Seri Jempol. Oleh kerana ada tempahan last minute cheese tart yang perlu dihantar pada malamnya for a birthday party, so our initial plan delay. Keluar umah around 1.30pm.. adoiiiii aiiiii...... (dalam hati memang dah berkata-kata ntah sempat ke tidak nk sampai umah pengantin nih)

And you should know la kan... memang tak sempat!! Around 2.45pm - 3.00 pm baru sampai Kuala Pilah and to reach Bandar Seri Jempol will take another 2 to 3 hours!! So, sadly we decided not to go to the wedding (halfway) after realising we can't never reach the pengantin house b4 4.30 pm (the kenduri was until 4.30pm)... 

We encounter this beautiful restaurant just across the main 'pintu gerbang' to Istana Seri Menanti. It is sorrunded by padi field and looking beautiful!!! So, we decided to drop by there to fill our stomach. 
The Ambiance

Left : Siakap 3 rasa , daging kuniyt cili padi, kaila ikanmasin, sup ekor (pic lupa nak ambik)
Air jando pulang ni actually air kelapa muda yang dicampur gula enau (negeri sembilan famous for their gula enau).. Tapi kenapa air ni dinamakan air jando pulang?? Katanya air ini telah dibuat oleh seorang janda yang baru pulang dari menoreh getah..hehe.. 


Left : Ayu with her "jando pulang" (sedap katanya)

Overall, the food was O.K jer... not superb la(my sis kata hati dia tak tertawan!! haha...) Price wise, consider mahal coz we paid RM120++ for what we ate.. (the fish was RM78- i think mahal with the quality and taste of the fish)

I have a dream to open up my own restaurant 1 day, so one thing yang i will do is to brief my staff about the food. This is because, when i eat out, i always get the answer "TAK TAHU LA" whenever i tanya anything about the food... (waiter yang serve us, cakap tak tahu when we ask, ape tu masak keng som peksak). I mean like seriously?? This is 1 factor yang restoran melayu kurang titik beratkan. 

Ok, dah banyak-banyak cakap, naik penat pula.. C u in the next entry!! 

Restaurant : Restoran Warisan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan 
Food : 3
Ambiance : 3.5
Service : 3
Cleanliness : 4
Price : 2
(my personal rating only.... )