Monday, 15 July 2013

Chinese Style Sea Bass (Ikan Siakap ala Cina)

Hello semua.. bersua lagi dalam entry ke 2 untuk bulan Julai ni... Pejam celik dh 6 hari dah kita berpuasa.. rasa kejap je kan... Kalau bulan puasa ni sudah semestinya Bazar Ramadhan menjadi 1 kewajipan.. saya suka suasana di Bazar Ramadhan, tapi pengalaman membeli juadah di Bazar Ramadhan selalunya indah khabar dari rupa. Jarang dapat membeli juadah yang betul2 kena dengan tekak dan selera. Jadi, mostly memang masak sendiri juadah berbuka. 

Kali ini saya nak share masakan Ikan Siakap Ala Cina..(my style). Memandangkan cuma berbuka berdua je ngan sepupu, so ikan nye pun separuh je.. kepala simpan tuk masak kari masa sahur pula.. ikan ni sedap dimakan dengan nasi panas and i did cook some kangkung and telur dadar to go with this dish. Alhamdulilah, semua licin.. (baru la tak membazir kan..hehe..) 

Chinese Style Sea Bass (Ikan Siakan ala Cina) 
Bahan-bahan : 
Ikan siakap 
1 sudu besar tepung gandum    
Garam 

Kuah/sos :
3 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang merah dicincang
3 cm halia dimayang
3 batang serai dihiris
5-6 batang cili padi (kalau nak pedas, boleh lebihkan)
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar gula 
2 sudu besar sos tomato 
1/2 sudu besar minyak bijan
Air (mengikut kepekatan sos yang diinginkan)
Daun ketumbar 

Cara-cara : 
1. Ikan siakap dilumur dengan garam dan tepung kemudian digoreng dalam minyak panas. Setelah masak, angkat ikan dan ketepikan. 
2. Tumiskan bawang merah, halia, serai dan bawang putih sehingga garing dan masukkan bahan-bahan yang lain serta air. Siap!!! 

Ha.. senang tak senang masak ni.. tapi ada beberapa crutial step nak ingatkan la... nak bagi tips sikit.. 

1. Ikan perlu digoreng dalam minyak yang btl2 panas, bila nampak kulit atau luaran ikan dah garing baru kecikkn api n let the fish cook. (we need to seared the skin so that it won't go soggy when we pour the sos on top)
2. Jangan masukkn bawang putih dulu semasa menumis sebab bawang putih cepat garing dan mudah hangus.. masukkn penghujung sebelum masukkn sos tiram, kicap, sos tomato dan air. (jangan pula masukkn slps mskkn sos sebab nanti dia tak garing n will leave a raw garlic taste to the sauce.. x sdp!! )
3. Memandangkan masakan ni menggunakan kicap cair yang dah masin, sos tiram pun masin.So sos ni don't need any extra salt. Hati-hati juga dengan penggunaan garam pada ikan siakap. 

I hope you all will give this simple recipe a try.. senang, mudah tapi sedap. Just for variety other than siakap 3 rasa n siakap steam limau yang dah biasa tu kan... 

Till then,c you in the next entry!! Selamat berpuasa... 






1 comment: