Alhamdulillah.. jerebu yang melanda dah beransur pulih. Berkat doa, solat Istisqa' bagi memohon hujan dan dengan kuasa Allah hujan mula turun. Selepas beberapa hari, semalam baru lah terasa udara yang disedut 'freshhhh' sangat.
Semalam saya dan Ayu ke Bangi untuk membeli barangan keperluan kuih untuk tempahan blueberry cheese tart dan marble cheese brownies hujung minggu. Sambil tu, singgah ke JM Beriani cawangan Bangi, berdekatan dengan Restoran Mohd Abdullah Chan & Speed Mart. Dinner saya, nasi beriani daging (RM11.90++) yang didatangkan sekali dengan kuah dalca dan acar buah. Ayu pula pilih Ayam Goreng Berempah. Kami berdua pilih minum air sirap limau. It's the perfect drink for me after a heavy & hearty meal. Menyegarkan!!!
Beriani daging |
Beriani Ayam Berempah |
Macam-macam lagi hidangan makanan di sini, mostly masakan Johor. Ada mee bandung, tahu bakar, tulang merah (yang terkenal di Singapore tu) dan mcam-macam lagi lah. Nasi beriani kat sini tak terlalu berminyak, ngam2 rasa dia. Nasi dia pun very fluffy. Actually ni bukan lah first time kami ke sini, sebelum ni pernah juga ke cawangan di Shah Alam & Petaling Jaya. Jadi pada yang nak merasa nasi beriani di sini bolehlah datang berkunjung ke JM Beriani. Insyallah resipi turun temurun dari Batu Pahat, Johor ni tidak mengecewakan anda.
Suasana kedai di JM Beriani |
No comments:
Post a Comment