Wednesday, 24 July 2013

Crunchy Onion Rings

Masterchef memang one of my favourite show.. I've been following Masterchef especially Masterchef Australia for the past seasons. And in this show, one of the challenge is to make the perfect onion ring, and one of the contestant's onion ring really make me wanna have a good crunchy, salty and tasty onion ring on the spot!! memang tak boleh nak tunggu-tunggu lagi dah. So ape lagi, dengan perasaan nak makan onion ring yang membuak-buak tu, saya pergi beli bawang bombay @ bawang kuning @ brown onion (sebab saya jarang pakai bawang ni, selalu pakai bawang merah) dan air soda. Yess!! Dapat semua bahan, balik rumah terus la start buat.. My cousin siap cakap u have to make this onion ring in 15 minutes just like the challenge in Masterchef. (and yes, my first batch of onion ring served in 15 minutes) So,here's the simple ingredient u'll need to make this perfect onion ring. 


Onion Rings
Serves 2-3

Bahan-bahan: 
2 biji bawang bombay 
2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan air soda (mungkin lebih atau kurang bergantung pada kepekatan, kepekatan bancuhan sepatutnya seperti air gula atau madu)
1 cawan tepung gandum/tepung tempura (saya gunakan tepung gandum je)
Garam
Lada Hitam 
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 
1.Panaskan minyak untuk menggoreng.
2. Potong bawang bulat2, ketebalan sederhana. 
3.Coat/dust/sadurkan bawang dengan 2 sudu tepung jagung dan tapiskan bawang untuk membuang excess flour 
4.Bancuh 1 cawan tepung dengan 1 1/2 cawan air soda dan masukkn garam dan lada hitam.
5. Celupkan bawang2 tadi dengan bancuhan tepung dan air soda, dan goreng sehingga garing. 

As always, berhati-hati dengan suhu minyak ketika menggoreng. From my experience, always start with a high heat then bila dah penuh kuali tu, baru kecikkan api dan biarkan dia terus masak. Sebab suhu minyak yang tinggi will straight away sear luaran makanan yang kita hendak goreng. Tu yang akan menjadikan makanan yang kita goreng rangup luarannya. Lepas tu, baru teruskan proses memasak dengan api sederhana. Cewaaaaahhhh!!! Ha, lagi 1, jangan lupa coat your onion with some flour, kalau tak bancuhan atau 'batter' tadi tak akan melekat dan bila goreng, dia akan terpisah dengan bawang. 

coat sikit je mcm ni... 

 Tadaaa.... dah siap... Ni la rupenye onion ring homemade saya. Saya makan onion ring ni as a supper bulan puasa sambil tengok tv. Onion rings ni juga boleh anda pelbagaikan dengan campuran spices or herbs such as oregano, thyme, serbuk cili, paprika for variety of taste. Yummm..yummmm... Ho Chak!! Till then, c u in the next entry.... Insyallah with more simple and quick recipes!!! 

Dah macam rupa sotong pun ade


Monday, 22 July 2013

Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum... 
Almost 2 weeks we're into Ramadhan, tak lama lagi nak raya dah.. Banyak nye nak buat persiapan raya kan? Untuk rumah, untuk diri sendiri, anak2... Honestly, my preparation pun x banyak buat lagi. Kuih raya memang selalnunya wajib buat sendiri walaupun x bnyk mana.. mungkin hujung minggu ni akan digunakan sepenuhnya untuk persiapan kuih raya, then the next week baru shopping beli barang-barang yang tak still belum dibeli. 

Kali ni saya nak share resipi western. I'm actually not so into western food.. maklumlah tekak melayu.. memang nasi dan lauk-pauk jadi kegemaran. Tambah lagi kalau ada asam pedas ke, memang la berpinggan2 makan nasi. Tapi kadang-kadang tu nak juga tukar selera kan. So semalam berbuka dengan spaghetti carbonara resipi suka hati saya. Actually, ramai yang tanya what's d different between a carbonara and alfredo.For me i think carbonara actually contains egg, cheese and bacon, and alfredo pula sos base dia bechamel yang asasnye roux (roo) which is equal part butter and flour that cooked with milk until thicken. This is my take on spaghetti carbonara. Very simple recipe.

Spaghetti Carbonara 
(2 person)

Spaghetti
1/2 biji bawang bombay (bawang kuning) 
2 sausage (dipotong dadu, or boleh menggunakan beef bacon)
1 sudu besar olive oil 
2 biji telur 
2 -3 sudu besar heavy cream/cooking cream (boleh juga gunakan susu full cream)
1/4 cawan cheese Parmesan (boleh juga gunakan cheese keping dalam anggaran 2 keping)

Cara-cara : 
1. Rebuskan spaghetti dalam air panas sehingga al dente
2.Sementara menunggu spaghetti masak, panaskan olive oil dan gorengkan sausage sehingga garing, angkat dan ketepikan.
3.Tumis bawang, dan masukkan sedikit garam dan lada hitam. 
4. Dalam mangkuk yang lain, campurkan telur, cream dan cheese. Masukkan campuran tersebut ke dalam kuali yang ada bawang tadi dan masak sebentar. 
5. Toskan spaghetti dan gaulkan di dalam sos tadi. Taburkan dengan sausage yang digoreng. Siap!! 

Saya menggunakan cheese yang keping2 brand cheesedale dalam 3 keping, sebab malas nak beli cheese parmesan. So, kuah carbonara saya a bit thick than what it should be, but still taste good and creamy. Tapi better guna parmesan parut untuk mengurangkan rasa muak. Kalau nak kurangkan rasa creamy dia tu boleh juga gantikan cream dengan susu full cream. Masak ni ikut apa yang kita suke. Try to adjust according to our liking.So, orang-orang bujang boleh cuba resipi yang sangat simple ni.. Tapi kalau nak lagi simple boleh gunakan yang dalam tin. I personally tak berapa suka yang dalam tin sebab tak fresh and lagi gemar untuk experimen sendiri and masak ikut tekak sendiri. Besides, produk dalam tin ni x boleh mkn bnyk sangat.. tak elok!! hehehe.... till then, see you in my next entry. 

Tadaaaaaaaaaaaaaaa...... 




Monday, 15 July 2013

Chinese Style Sea Bass (Ikan Siakap ala Cina)

Hello semua.. bersua lagi dalam entry ke 2 untuk bulan Julai ni... Pejam celik dh 6 hari dah kita berpuasa.. rasa kejap je kan... Kalau bulan puasa ni sudah semestinya Bazar Ramadhan menjadi 1 kewajipan.. saya suka suasana di Bazar Ramadhan, tapi pengalaman membeli juadah di Bazar Ramadhan selalunya indah khabar dari rupa. Jarang dapat membeli juadah yang betul2 kena dengan tekak dan selera. Jadi, mostly memang masak sendiri juadah berbuka. 

Kali ini saya nak share masakan Ikan Siakap Ala Cina..(my style). Memandangkan cuma berbuka berdua je ngan sepupu, so ikan nye pun separuh je.. kepala simpan tuk masak kari masa sahur pula.. ikan ni sedap dimakan dengan nasi panas and i did cook some kangkung and telur dadar to go with this dish. Alhamdulilah, semua licin.. (baru la tak membazir kan..hehe..) 

Chinese Style Sea Bass (Ikan Siakan ala Cina) 
Bahan-bahan : 
Ikan siakap 
1 sudu besar tepung gandum    
Garam 

Kuah/sos :
3 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang merah dicincang
3 cm halia dimayang
3 batang serai dihiris
5-6 batang cili padi (kalau nak pedas, boleh lebihkan)
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar gula 
2 sudu besar sos tomato 
1/2 sudu besar minyak bijan
Air (mengikut kepekatan sos yang diinginkan)
Daun ketumbar 

Cara-cara : 
1. Ikan siakap dilumur dengan garam dan tepung kemudian digoreng dalam minyak panas. Setelah masak, angkat ikan dan ketepikan. 
2. Tumiskan bawang merah, halia, serai dan bawang putih sehingga garing dan masukkan bahan-bahan yang lain serta air. Siap!!! 

Ha.. senang tak senang masak ni.. tapi ada beberapa crutial step nak ingatkan la... nak bagi tips sikit.. 

1. Ikan perlu digoreng dalam minyak yang btl2 panas, bila nampak kulit atau luaran ikan dah garing baru kecikkn api n let the fish cook. (we need to seared the skin so that it won't go soggy when we pour the sos on top)
2. Jangan masukkn bawang putih dulu semasa menumis sebab bawang putih cepat garing dan mudah hangus.. masukkn penghujung sebelum masukkn sos tiram, kicap, sos tomato dan air. (jangan pula masukkn slps mskkn sos sebab nanti dia tak garing n will leave a raw garlic taste to the sauce.. x sdp!! )
3. Memandangkan masakan ni menggunakan kicap cair yang dah masin, sos tiram pun masin.So sos ni don't need any extra salt. Hati-hati juga dengan penggunaan garam pada ikan siakap. 

I hope you all will give this simple recipe a try.. senang, mudah tapi sedap. Just for variety other than siakap 3 rasa n siakap steam limau yang dah biasa tu kan... 

Till then,c you in the next entry!! Selamat berpuasa... 






Monday, 8 July 2013

Asam Pedas Johor Pn. Rahimah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia. 
Apakah makanan kegemaran anda?? or may be i should say lauk kegemaran anda?? Sebagai anak jati Johor yang lahir dan membesar di Johor (cuma kerja je merantau, i wish to kerja in Johor) of course la makanan kegemaran saya Asam Pedas. 

Asam pedas yang sedap for me must have the great balance between sour, spicy and salty. I love a good sour asam pedas. (nama pun asam pedas kan, of course la kena masam) My grandmother is a really good cook, so does my mother.. ( i guess it passed down), so recipe asam pedas ni is my mum's recipe thus i call it asam pedas Puan Rahimah..

Asam Pedas Pn Rahimah
Bahan-bahan : 
Minyak untuk menumis
*10 - 20 tangkai cili kering 
*5 biji bawang merah 
*2 - 3 ulas bawang putih 
*2 cm Halia
*3 cm Kunyit hidup 
Belacan 
1/2 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu besar rempah kari ikan
*1/2 cawan air asam 
*1 - 1 1/2 cawan air 
Daun kesum
Garam
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk) 
Ikan kerapu, merah, siakap, kembung, parang, pari 
(up to u la, in my case, i use kerapu) 

Bahan bertanda * main agak-agak je.... air asam dan air pula depends on how sour and thick you want your asam pedas to be.



Ikan 3 keping udah.. makan berdua jer... 







Cara-cara : 
1.Blend cili kering, bawang merah,bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan.

2.Tumiskan bahan yang telah diblend tadi sampai garing. 

3.Masukkan biji ketumbar yang ditumbuk dan rempah kari.
Tumis sebentar lagi.(jangan terlalu lama kerana rempah    kari cepat hangit) 

5.Masukkn air asam,air,ikan, daun kesum dan garam. 

6.Setelah ikan masak, masukkn lada hitam yang ditumbuk.

7.In my case, saya masukkan tomato ceri di penghujungnya. Boleh juga masukkn bendi atau terung dan masak sedikit lagi sampai terung atau bendi masak.

8.Sedia untuk dihidangkan. 

Asam pedas ikan kerapu in the making.... 
I know may be ada yang pelik because of the addition of curry powder, tapi saya suke sebab when you eat it, it actually carries a mild taste of curry. I know there are thousand ways of making asam pedas. I'm not saying mine is the authentic one, but this is the way we've been doing it and my mum does it this way. So, kalau nak cuba, sila kan lah.. Sedap dimakan dengan nasi panas, and masa saya masak ni, saya hidangkan dengan taugeh goreng dengan tahu dan udang and telur dadar,udang goreng dan ulam-ulaman.. berpinggan2 tambah.. adoiiii!!! kena control makan ni... susahnye bile diri seorang yang kaki makan.. 

I hope you all try this recipe and kalau ada yang dah mencuba jangan lupa bagi feedback!! tqvm.. 

Asam Pedas Ikan Kerapu Pn Rahimah dah siap!!! yeah!!!