Assalammualaikum....
Lama dah tak mengupdate satu satunya blog saya ni ha.. adoiiii ai....
Apa lah masalah nk update blog ni pn punya la malas... terlalu busy dgn kerjaya.. hehe.. poyo sgt..
Sape yang ada pet?? (sila angkat tangan!!) I have a pet too!! Well, actually this is my first pet ever.. I've been asked before in a kursus or something, what's your favourite animal?? Selamba je saya jawab. Saya x ada binatang yang saya suka, tapi kalau perlu saya pilih, then i'll choose cat because kucing paling common orang jadikan pet and lembu, sebab saya dilahirkan tahun lembu... weeeeeeeeeee..... boleh gitu?? Tapi itulah kenyataannya, saya bukan lah seorang animal lover.. not to say i don't love animal, it just geli or allergic dgn binatang coz they are furry!! Tapi kalau tengok animal kena abuse ke, mati ke.. of course la sedih.. (hello, i still ada perasaan ok...)
But Ray Ray really changed me!! It was actually kucing yang saya belikn as a gift for ayu (couin/sister).. masa jalan2 kat Petsmore dia suke sgt ngan kucing nih.. so i thought she'll be really happy if i buy her the cat as her birthday present. So, pada 25 Mei 2008, kita org bawa kucing kuning putih ni balik rumah. And we decided to name him 'Ray Ray' coz saya feeling tgk sorang budak Jepun Islam kat Tadika Seri Bangsar nama dia Ray..ala-ala sinar gitu lah.. That was 5 years ago, and now he's a big cat!! Dia lah penghibur yang menceriakan hidup kita orang nih.. Kajian pun ada menyatakan haiwan peliharaan boleh membantu mengurangkan stress.. dan orang yang ada binatang peliharaan mampu hidup lebih lama.. He was sick once, bawa jumpa vet, doktor tu kata dia kena something like batu karang... means x boleh wee wee or poo poo... It was may be because of the sand or batu yang clog saluran kencing dia because we used to bring him along bila pergi park or pantai.. Doctor advise kalau dia adalah indoor cat, it's better for him to stay indoor... sesekali bawa keluar tak pe la... so since kejadian tuh, we rarely bring him out.. sebab tak mahu kejadian yang sama berulang. He was admitted for few days sebab doctor terpaksa menggunakan tiub untuk keluarkan air kencing dia.. Mula2 yang keluar semua darah, so doctor kata kena admit sampai darah berhenti keluar dan air kencing yang keluar seperti biasa.
Alhamdulillah, Ray Ray dipanjangkn umur.. dia survived d tragic moment. And we are very thankful for that... masih lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan Ray Ray.. Ray Ray dah dikasi sebab dia sangat garang dengan kucing2 lain dan dia suka kecing sepah2.. tak larat nak handle dh.. Dulu we all selalu bawa dia untuk grooming, tapi sekarang dah jarang.. Prefer untuk buat sendiri je.. lagi pun ayu pernah terbaca satu artikel mengatakan haram potong kuku kucing sebab kuku kucing ni bukan sekadar kuku, tetapi ianya adalah sebahagian daripada struktur tulangnya, malah ia sebenarnya bersambung dengan sendi kaki. Ada juga orang yang berkata hukum membela kucing dalam rumah ialah haram.. katanya ada hadis Rasulullah yang mengatakan bahawa ada "seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing. Wanita itu katanya kuat beribadat."
" Wanita ni telah menganiaya kucing tersebut dengan tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing tu mati. Pastu ada pula hadith dari Anas r.a yang bermaksud: "Adalah Rasulullah s.a.w itu sebaik-baik manusia dari segi akhlaknya. Aku adalah saudara bagi ibuku Futaim yang dipanggil Umair. Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mendatangi kami, baginda brkata "Wahai Aba Umair apa yang burung bulbul buat?" {Sahih Muslim}.
"Jadi secara zahirnya, kedua2 hadith diatas jelas bertentangan yang mana hadith pertama nyata melarang kita mengurung binatang , manakala hadith kedua tidak pula Rasulullah menyuruh agar dilepaskan burung tersebut"
"Kesimpulannya hadis kedua itu adalah hadis yang menentukan hukum manakala hadis pertama itu adalah penerangan lanjutan(syarat) ke atas hadis hukum tersebut. Oleh yg demikian, harus hukumnya mengurung haiwan belaan selagi mana dijaga haiwan tersebut sebaik mungkin (memberi makanan dan minuman). "
Apa-apa pun jangan lah kita berlaku zalim pada binatang, especially kucing coz kucing ni binatang kesayangan nabi tau!! Till then, see ya in d next entry!!